Ent n Edu

Jumat, 09 November 2012

Gaya Pembelajaran


GAYA PEMBELAJARAN


Oleh : Devy Rusdiana Sari

        Pembelajaran merupakan satu proses reflektif di mana pelajar membangunkan persepsi dan pemahaman baru dalam proses kematangan mentalnya. Oleh itu, pembelajaran boleh dikatakan sebagai satu proses umum manakala pemikiran kritikal dan kreativiti lebih tertumpu kepada aspek-aspek spesifik dalam pembelajaran.
        Gaya Pembelajaran adalah gabungan ciri kognitif, afektif dan faktor-faktor fisiologi yang memberi penunjuk yang stabil secara relatif tentang bagaimana seorang pelajar melihat, berinteraksi dan bergerak balas terhadap persekitaran pembelajaran mereka. Selain itu, pencapaian akademik banyak dikaitkan dengan gaya pembelajaran yang dipraktikkan pelajar. Pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik selalunya mempunyai gaya pembelajaran yang berkesan. (Menurut Keefe (1979), McCaulley danNater, 1980; Miller, Always dan McKinley, 1987)
        Oleh karena itu, penting bagi pengajar mengetahui perbedaan-perbedaan diantara individu dan bagaimana untuk mengajar secara produktif daripada berbagai model pengajaran. Bagi pembelajaran pasif, pelajar boleh mengawas dan mengawal aktiviti-aktiviti kognitif. Pelajar memproses maklumat baru melalui asimilasi dan integrasi dengan maklumat lama. Manakala pembelajaran aktif, pelajar perlu membuat lebih daripada mendengar. Mereka perlu membaca, menulis dan berbincang dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar perlu terlibat dalam peringkat tinggi dalam membuat analisis, sintesis dan penilaian.

Menurut Teori Gaya Pembelajaran, pelajar menggemari lebih daripada satu gaya pembelajaran. Teori turut mengandaikan dengan mereka bentuk pengalaman pendidikan, kurikulum dan pengajaran yang sepadan dengan gaya pembelajaran pelajar mungkin dapat memperbaiki pencapaian akademik pelajar (Irvine dan York, 1995). Walau bagaimanapun, seseorang individu boleh mengubah gaya pembelajarannya mengikut kehendak kerja pada waktu itu (Kolb, 1976), sedangkan Menurut Model Gaya Pembelajaran yang diperkenalkan oleh Dunn, Dunn dan Price, terdapat lima kategori utama rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran.
ialah :

1.     Persekitaran - Merujuk kepada faktor cahaya, bunyi, suhu dan reka bentuk bilik. Reaksi pelajar kepada rangsangan ini ditentukan oleh faktor biologi. Oleh itu, ia tidak dapat mengubah pendengaran, penglihatan, suhu dan sensitiviti badan.
2.    Emosi-Merangkumi aspek perancangan berstruktur, ketekunan, motivasi dan kebertanggungjawaban. . Elemen ini mempengaruhi pelajar melalui pengalaman di rumah, sekolah, taman permainan, perjalanan dan sebagainya
3.   Sosial - Merujuk kepada faktor pasangan, rakan sebaya, sendiri dan kumpulan. Faktor ini mempengaruhi corak pembelajaran pelajar itu sendiri dan membantu mereka belajar daripada maklumat yang diperolehi dari pengalaman tersebut.
4.     Fizikal – Merangkumi kekuatan persepsi, mobiliti, pengambilan dan masa seharian. Elemen fizikal pelajar adalah biologikal secara semulajadi dan berhubung dengan bagaimana seseorang individu itu belajar melalui pancaindera yaitu auditori, visual, taktil dan kinestatik.
5.     Psikologi – Merujuk kepada faktor seperti sifat global/analitik, impulsif/reflektif dan kedominan otak kanan atau kiri. Perbezaan dalam fungsi otak menyumbang kepada perbedaan gaya pembelajaran dalam individu yang berlainan. Pembelajaran yang baik dapat dicapai apabila individu melalui pendekatan pembelajaran yang berbeza mengikut tahap kesukaran.
Berdasarkan instrumen pemilihan Gaya Pembelajaran yang utama menunjukkan ciri-ciri pelajar seperti berikut :
1. Visual
Ø  Mempelajari sesuatu dengan baik dengan melihat perkataan dalam buku, di atas papan hitam dan di dalam buku kerja.
Ø  Mengingati, memahami maklumat dan arahan dengan baik jika membaca.
Ø  Tidak memerlukan penerangan lisan dan boleh belajar secara bersendirian dengan sebuah buku.
Ø  Mengambil nota dan arahan secara lisan untuk mengingati maklumat.
2. Auditori
Ø  Belajar daripada mendengar perkataan yang diucap dan penerangan lisan.
Ø  Dapat mengingati maklumat dengan cara membaca kuat atau
menggerakkan bibir semasa membaca, terutama semasa mempelajari bahan yang baru.
Ø  Mendapat keuntungan daripada mendengar pita audio, kuliah dan
perbincangan kelas.
3. Kinestetik
Ø  Belajar melalui pengalaman secara fizikal di bilik darjah.
Ø  Mengingati maklumat dengan baik apabila mengambil bahagian dalam aktiviti, field trips dan mainkan peranan di bilik darjah.
4. Taktil
Ø  Mempunyai peluang mencari pengalaman hands-on dengan bahan-bahan.
Ø  Melaksanakan eksperimen di makmal, mengawal dan membina model.
Ø  Menulis nota atau arahan yang boleh membantu mengingati dan memahami maklumat baru melalui penglibatan fizikal di dalam kelas.
5. Belajar Berkumpulan
Ø  Lebih mudah, sekurang-kurangnya dengan seorang pelajar dan lebih berjaya menyiapkan kerja apabila bekerja dengan orang lain.
Ø  Menghargai interaksi dan kerja berpasukan dengan pelajar lain dan mudah mengingati maklumat apabila bekerja dengan dua atau tiga rakan lain.
6. Belajar Bersendirian
Ø  Dapat berfikir dengan lebih baik apabila belajar bersendirian.
Ø  Dapat mengingati maklumat yang dipelajari sendiri.
Ø  Memahami dan lebih berjaya dalam pelajaran apabila bekerja sendirian
Gaya pembelajaran pelajar yang perlu diketahui oleh guru:
Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keseluruhan aktiviti dan proses  pengajaran dan pembelajaran. Guru harus berusaha menghubungkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan bukan mengisi serta menyuap pelajar dengan ilmu.  Justeru itu adalah penting guru-guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar.Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus diketahui serta difahami  iaitu:
  Pelajar visual: (belajar dengan melihat)
Ø  Huruf atau perkataan
Ø  Benda, gambar atau gambar rajah
Ø  Demostrasi, tindakan atau lakonan

   Pelajar audio: (belajar dengan mendengar atau bercakap)
Ø  Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain
Ø  Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan
    Pelajar kinestetik: (belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu):
Ø  Menulis atau melukis sesuatu
Ø  Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek



Tidak ada komentar:

Posting Komentar